Happiness is not something that you postpone, but it is something that you design for the future

Wednesday, May 11, 2011

Warkahku Untuk Dirimu~

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Sunday, May 8, 2011

Tribute to Mimi Haslina & geng-geng Jets!

Selamat pengantin baru Mimi Haslina dan pasangannya Fadzil Jailani..
Semoga berbahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat..amin.

Congrates!

Salam..

Tahniah mimi! Happy sangat-sangat untuk korang berdua. Asalnya mimi ajak tido rumah dia, sehari sebelum hari pekahwinan. Tapi aku tak dapat datang, sebab kena balik melaka. So yang stay rumah mimi hanya hanis, mizah & zetty je. Yet, i still managed to come early. Sebelum tetamu datang lagi aku dah sampai rumah mimi. Sempatla bergosip sekejap kan, sambil menurunkan nervous mimi. Yela, beberapa minit sebelum diakad nikahkan, so kitorang berlima bercerita kisah sekolah. Haha..cerita apa lagi yang paling best kalo bukan kisah masuk aspura! Oooppss..sorry guys! Kawan-kawan lelaki, tolong jangan marah ye.. Still fresh kot dalam ingatan bila malam tu kitorang kena marah dengan budak-budak lelaki. Jahat betul eh korang =P 

Oh my goodness, seronok sgt dapat jumpa korg semua. Boleh kata suku dari batch kita datang wedding mimi. Muka masing-masing still sama, perangai pun sama x berubah langsung! Cuma ada la yang dah mengecik & membesar..termasuklah aku..hehe. But ade seseorang yang totally berubah. Memang sangat2 pelik. Tau x sape? Aizat hazwan aka ejat! OMG, what happened to u? Dulu2 dia ni la yang paling suka menyakat, dia la budak paling nakal, diala yang paling suka mengenakan orang lain..n dia la everything, tp ms kat rumah mimi tu.. Ejat dh berubah gler kot. Dia menjadi seorang yang pemalu..hehe.. Dan seorang yang pendiam..reti senyum je.. =P

Ejat malu, xnak amik gamba..hehe

Bagus la dapat jumpa dengan semua, updating themselves. Dah habis belajar ke, keje ke, dah kawen ke, then dengan sape skang & etc. Masa habis sekolah dulu, kita semua sibuk menanya masuk matrik mana, or sambung kat u mana.. Lepas habis matrik, tanya plak masuk u mana, amik course apa. Pastu bila kawan-kawan kita nak fly, kita pakat menghantar plak. Now, mostly dah keje. Semua ade kat area KL je pun. Baru aku tau. Rupanya dekat je if nak jumpa. Tapi yang dekat tula susah nak jumpa. Mungkin next wedding sape2 baru jumpa balik kot =P and..jeng jeng jeng who's next?




Happening!

Haha.. Well, it was a very good and memorable moments with all of my batchmates. Hope that one day, kita boleh buat reunion dengan semua. Tunggu kawan-kawan oversea balik. Miss all of u, miss all the school times, and appreciate the friendship that we have until now <3